Pls FOLLOW ya.. =D

Pages

Friday, January 20, 2012

INFO TENTANG KALORI

Assalamualaikum...

Hurm.. utk post Lydia kali ni, Lydia nk bincang skit pasal kalori... Selama ni Lydia slalu tekankan kat semua org, kna pandai jaga kalori la, kawal kalori la... blablabla.. suma pasai kalori.. N suddenly ramai plak yg tanya Lydia, apa itu kalori?? So kt sini Lydia bg sikit info tentang apa tu kalori sbnrnya...



INFO TENTANG KALORI
Mengikut kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah. Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisma saja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.

Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan. Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.


Faktor Mempengaruhi Keperluan Kalori Anda

1)Saiz tubuh dan komposisinya
Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

2)Usia
Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

3)Jantina
Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Disebabkan itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.


Tip Kurangkan Kalori

Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.

  • Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.

  • Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.

  • Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini



So, pada pengamal diet kat luar sana, sbnrnya, jgn takut utk makan.. tetapi, korang kena la bijak dlm memilih makan... ;)


Atas permintaan ramai, kt sini Lydia sertakan sekali info2 kalori..
Harap berguna sbg rujukan korang kt luar sana...
Masa Lydia on diet dulu, Lydia siap print menda ni.. N setiap kali Lydia mkn Lydia akan tgk berapa nilai kalori makanan tu.. hihi..

INFO KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih

1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : Minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hurm... cuba korang teka makanan yg Lydia mkn ni brapa kalori?? keh9... ;P

Sekian.. sharing is caring... =D
P/S: Pasni, silala rajin mengira kalori, k? hihi..


3 comments:

  1. thanx lydia.. ^_^ mintak izin share yaw!!

    ReplyDelete
  2. sila dear.. =D..
    sharing is caring...

    ReplyDelete
  3. Tumpang iklan Lydia-)

    Salam kawan yang mengalami masalah kegemukan,

    Jangan amalkan cara pengurangan berat badan yang tidak sihat. Diet yang betul harus dijalani dengan ambil makanan yang cukup dan sihat. Pesakit kami terus mengambil makanan 3 kali sehari seperti biasa tanpa mengalami kelaparan. Dalam 1 bulan, pesakit kami berjaya kurangkan berat badan sebanyak 6kg.

    Anda ingin kurangkan berat badan dengan tiada kelaparan?

    Pernahkah anda berjaya turunkan berat badan tapi masih nampak agak gemuk?

    Nustar ialah sebuah syarikat yang pakar dalam memberi khidmat nasihat kepada warga awam untuk diet plan yang efektif dengan kurang kelaparan. Produk kami berfungsi untuk mengurangkan lemak visceral yang membalut organ-organ vital seperti jantung, hati dan paru-paru). Dengan itu, anda akan kelihatan langsing dengan seluruh. Kami merupakan penganjur sukan antarabangsa di Taiwan, Australia, USA dan Korea yang mendapat sokongan kuat daripada semua olahraga kerana kandungan produk kami bermutu tanpa kandungan yang membahayakan.

    Dalam masa 28 tahun, kami berjaya menyelamat ramai pesakit yang dulunya digelar gemuk tetapi sekarang memiliki badan yang langsing dan sihat. Semuanya berasal daripada ketulenan produk dan nasihat kami yang berpaten.

    Hubungi kami atau WhatsApp kami di 012 345 4977 / 012 335 3573 untuk mendapat lebih testimoni dan nasihat daripada kami.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,
    Win
    Pakar Penurunan Berat Badan
    Nu Star Int’l Business
    Block A, Suite 1636 (Lift 7) Damansara Intan,
    Jalan SS20/27, 47400 PJ, Selangor.

    ReplyDelete