Pls FOLLOW ya.. =D

Pages

Friday, January 20, 2012

INFO TENTANG KALORI

Assalamualaikum...

Hurm.. utk post Lydia kali ni, Lydia nk bincang skit pasal kalori... Selama ni Lydia slalu tekankan kat semua org, kna pandai jaga kalori la, kawal kalori la... blablabla.. suma pasai kalori.. N suddenly ramai plak yg tanya Lydia, apa itu kalori?? So kt sini Lydia bg sikit info tentang apa tu kalori sbnrnya...



INFO TENTANG KALORI
Mengikut kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah. Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisma saja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.

Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan. Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.


Faktor Mempengaruhi Keperluan Kalori Anda

1)Saiz tubuh dan komposisinya
Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

2)Usia
Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

3)Jantina
Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Disebabkan itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.


Tip Kurangkan Kalori

Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.

  • Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.

  • Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.

  • Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini



So, pada pengamal diet kat luar sana, sbnrnya, jgn takut utk makan.. tetapi, korang kena la bijak dlm memilih makan... ;)


Atas permintaan ramai, kt sini Lydia sertakan sekali info2 kalori..
Harap berguna sbg rujukan korang kt luar sana...
Masa Lydia on diet dulu, Lydia siap print menda ni.. N setiap kali Lydia mkn Lydia akan tgk berapa nilai kalori makanan tu.. hihi..

INFO KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih

1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : Minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hurm... cuba korang teka makanan yg Lydia mkn ni brapa kalori?? keh9... ;P

Sekian.. sharing is caring... =D
P/S: Pasni, silala rajin mengira kalori, k? hihi..


Friday, January 6, 2012

Cara maintainkan berat badan

Assalamualaikum w.b.t...

1st post dlm tahun 2012.... Rasanya masih belum terlambat utk Lydia wish hepi new year.. dan tahun 2012... umor dh 26.. makin lama rasa dh makin tua... uwawawawawa... hik2.. tatau nk kata hepi ataupn sedih.. keh9... Anyway.. sure ramai yg letak azam tahun baru utk turunkan berat badan kn??? wish u all the best.. Ingat, yg penting, bila korang dh jdkan salah satu azam korang utk kurus, korang kena la USAHA untuk tu... Sebab tanpa usaha, mimpi x kan jd kenyataan... ceeewaaaahhhh.... ;P

Hurm... skang ni ramai org yg tanya Lydia...

"Lydia, dh 2 thn stop jm5, berat badan still maintain lg ke???... "

Apa yg Lydia boleh katakan kt sini, Lydia mmg rasa bertuah n bsyukur sgt2... Even dah hampir 3 thn Lydia STOP JM5, N dah x berdiet gila2 mcm dulu, Syukur Alhamdulillah Lydia masih mampu kekalkan berat badan Lydia.. Syukur...


Ni salah satu pic terbaru Lydia... hihi.. konon pasan model payung..
Pic captured by: http://www.facebook.com/letmeserveyou?ref=ts

Actually, secara jujurnya, bila Lydia kata diet tu susah, sbnrnya, nk maintainkan berat badan jauh lebih susah.... Kenapa? Ok la.. kalau masa diet, mmg Lydia dh set dlm kepala otak yg Lydia mmg x leh makan... Dlm proses maintain plak, Lydia slalu jugak confuse tentang apa yg bleh makan n apa yg x leh makan...

Apa yg Lydia makan skang ni?? hehe... kalau korang nk tau, semua menda Lydia dh mkn skang ni.. kfc, pizza, mc D.. Semua Lydia dh telan.. N Lydia x nafikan, sepanjang tempoh 3 tahun ni, berat badan Lydia ada naik n turunnya... Satu ja yg Lydia selalu tekankan dlm proses maintain berat badan ni... Kita ni kena la makan ikot keperluan.. Jangan plak makan ikot nafsu... Contohnya, kalu la arini korang mkn byk sgt2... esok tu korang cover la balik.. makan la sikit semula.. x pn, korang perbanyakkan la senaman...
cth mcm Lydia, kalau Lydia malas bsenam, Lydia slalu bersauna.. Bersauna ni pn salah satu cara yg Lydia guna untuk nk maintain berat badan... X kisah la guna sauna pants or sauna tents tu... ;)



Pic Lydia mkn KFC.. Smpai tinggai tulang.. hihi...
Feveret nih... ;P

Bagusnya jm5 ni bila Lydia mmg dah dilatih utk mengamalkan cara pemakanan yg sihat n dah diajar untuk mengira kalori.. So, semua ilmu yg Lydia dpt dulu tu Lydia praktikkan sampai la sekarang.. Contohnya skang ni, untuk maintain, selalunya dlm sehari Lydia makan dlm 1500 kalori, dan bila time rajin, leh gak wt senaman skit2.. senaman yg simple la mcm main skipping.. hihi... Lagi 1, Lydia mmg amalkan minum byk air kosong, mkn byk sayur2an n buah2an.. Reduce makanan yg bkalori tinggi especially fast food, mknn bergoreng n berlemak...

Sebab apa, nk kurus ni yg penting ialah korang kena kawal pemakanan korang.. Lydia slalu ingat kawan Lydia cakap

" U R WHAT U EAT..."

Yup... btol tu... kalau korang makan byk, makan byk makanan yg bkalori tinggi, maka kemungkinan untuk korang membesar adalah lebih tinggi.. n korang kena la mkn makanan secara sihat.. makan ikot piramid makanan.. Lebihkan sayur, buah2 an... kurangkan makanan yg manis2... makanan yg berkalori tinggi perlu la dielakkan ye... In case kalau korang nk gak mkn mknn berkalori tinggi, kena la pepandai cover balik.. ok??? dgn senaman, kurangkan makan ataupun bersauna... ;)


Kepada downline2 Lydia, customer Lydia, or sesiapa aja lah yg dah berjaya turunkn berat badan, nasihat Lydia, pls maintain... kena selalu pantau berat badan korang.. Make sure x naik semula mcm dulu2... Sbb sayang sgt bila dah bjaya n korang x maintain.. Bg Lydia, nk kurus tu SUSAH... Nk maintain sbnrnya 100 kali lg susah... Byk juga customer Lydia yg dh slim n x maintain, berat badan naik semula... Sebenarnya, bila korang dh kurus, korang still kna kawal pemakanan... Jgn sesekali mkn mcm masa korang gemuk dulu... Mmg korang dh leh makan semua benda.. Tp korang kena pepandai jaga kuantiti n pepandai jaga kalori k?



Kadang2 Lydia jeles jugak bila tgk kawan2 Lydia yg makan byk tp x gemok2.. Siyes jeles!! Makan mcm gajah, tp badan mcm lidi.. Grrrrrr.... Tp nak buat cmna kn, metabolisme tiap2 org x sama...

Apa2pn, Lydia tetap bersyukur sbb kini Lydia dh bjaya... Allah bg peluang ni pada Lydia.. n bg Lydia, Lydia rasa mcm Lydia ni insan terpilih... Bertuah sgt2... Sbb tu Lydia amik peluang ni untuk berkongsi pengalaman dengan semua org kt luar sana... sbb bg Lydia mmg x mustahil untuk semua org kurus... Mmg semuanya adalah tak mustahil.. yg penting ialah usaha korang n korang kna banyak sabar, disiplin n bykkn doa pd ALLAH semoga perjalanan korang dpermudahkan.. Insyaallah....


Kadang2 ALLAH sembunyikan matahari,
DIA datangkan hujan petir..
Kita tertanya2 ke mana hilangnya matahari..
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi......

Kesimpulan: Setiap kejadian ada hikmah yg tersembunyi... Yg kta sndri x tahu &
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba2 nya... Insyaallah...




Friday, December 9, 2011

kenduri oh kenduri... Diet vs kenduri???

Assalamualaikum..

Sekarang ni dah sampai musim cuti skolah.. Bila time cuti skolah ni... ehem2.. Mcm biasa la.. Mcm2 jenis kenduri kendara yg kita nak kena attend especially kenduri kawen kn?? Huk2.. N time2 cmni la nyampah sgt bila kena aju soklan

"Lydia, bila mau kawen??"

At the age of 25 yg nk masuk 26 ni, mmg tu soklan feveret time attend wedding2 or jumpa sedara mara.. huhu.. x larat dh nk senyum... n my answer is simple.. "insyaallah ada jodoh nnt ada la..." kn? kn?.... Anyway, pls doakan Lydia k? doakan yg terbaik utk Lydia... ;)


P/S: Gambar hiasan masa attend kenduri.. ngeh2...


Ok.. ramai yg tanya Lydia... cmna cara nk berdiet masa attend kenduri kendara ni eh?? Kalu x makan, nnt tuan rumah kecik ati... kalu makan pulak takot nnt terlebih plak... So, tips dr Lydia simple je... Korang kena la pepandai pilih makan... Zaman skarang ni, kt kenduri kendara selalunya akan ada hidangan sampingan mcm laksa, bihun sup, n surely akan ada buah2an.. Korang bleh la pilih makanan2 tu instead of nasi kenduri yg dijamin berkalori tinggi ye...

Macam masa Lydia diet strict dulu, kalau p kenduri, Lydia slalu makan buah je... Pastu amik air kosong... In case kalau korang mengidam sgt nk makan nasi kenduri, make sure korang amik sikit, supaya korang ilang gian tu... Pesan Lydia.. berdiet ni bukan bererti korang tak makan langsung.. tetapi korang kena pandai pilih makan.. Yg penting korang kena byk bersabar n berdisiplin... Mmg byk sgt dugaan.. Sabar..sabar...sabar... Tapi, once korang dh dpt apa yg korang nk, korang akan dpt rasakan bahawa usaha korang tu berbaloi sgt2... siyes x tipu.... !!

Till then.. all d best.. =D

Thursday, November 24, 2011

Journey Lydia dr 105 kg ke 49 kg PART 6

Assalamualaikum...

Pergh... gila lama Lydia x update blog nih... bukan setakat bersarang labah2... Rasanya kalau kucing beranak pn, anak dia siap dh leh jadi mak kucing kot!! grrrr... huhu... Sibuk recently... and tak sempat nak merajinkan jari jemari ni utk mengarang blog! ekekekekeke.. dunno la still ada lagi or x org yg nak baca blog Lydia ni.. However, pada sesiapa yg slalu support Lydia, Lydia nk ucapkan TQ byk2.. Yg slalu sms Lydia, inbox kt FB, YM... Thanks semua!!

Actually, dah x byk Lydia nk crita pasal perjalanan diet Lydia.. So, kt sini Lydia ringkaskan la eh... After Lydia abis study.. time tu berat area 60kg.. n Lydia dh stop jm5, utk mencapai target, Lydia still on diet.. ya la.. semangat Lydia mmg berkobar2 sangat nk kurus... So nk x nk, even tanpa jm5, Lydia still berdiet sakan... Tp alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala urusan Lydia.... n kebetulan, lpas abis study Lydia trus start chambering... Chambering ni busy skit... Even though x jd lawyer sebenar lg, tp fasa ni sgt tough! Byk yg korang kna blajar... Dlm masa yg sama, quite stress sbb ni pengalaman 1st Lydia bekerja... So, mmg nafsu nak makan tu kurang... At the same time, staf2 kt tempat keja tu pn ok.. diaorg support Lydia berdiet... syukur... Bleh bygkan tak, setiap kali lunch hour mmg lydia tak pegi makan.. staf2 situ pn mmg dh lali.. sbb lydia slalu teguk air kosong ja... kalau pegi mkn dgn diaorg pn, lydia slalu x makan nasi... slalu ratah lauk2 n bihun sup je... air sememangnya air kosong...Bila skang ni pikir balik, Lydia pn heran cmna la Lydia leh ada kekuatan smpai ke tahap tu... ;)


Ni pic masa chambering... bos suruh p court penang.. sempat mengular kt padang kota..
antara baju kurung ready made Lydia yg pertama.. size S!!!
Tu pn nmpk besar kn??? Like!!

Tp Lydia syukur sgt... lepas 2 bln Lydia diet sendiri, kebusyan chambering n keja.. akhirnya Lydia mencapai target 49kg.. Mmg sonok sangat.. Rasa usaha keras Lydia berbaloi2... Time tu, Lydia ada 1 habit.. suka sgt beli baju2 baru... suma baju size M/S... Ya la.. baju2 lama yg size xxxxl mmg dh x muat dh.. n suar pn kna beli suar baru.. Yang paling Lydia suka, Lydia dah muat pakai suar size 26/27!!! Bayangkan dulu pinggang size 50.. Suar xdak size.. Tetiba dpt kenikmatan pakai jeans n baju lawa2! Rasa sonok n berbaloi sgt...!! Sbnrnya, Lydia crita semua ni sbb nk bg semangat kepada sesiapa saja yg bersaiz besar kt luar sana... Sbnrnya, korang ada harapan untuk kurus.. Tapi korang kena USAHA!!!! Yup.. USAHA!! Hardwork!! Byk SABAR!! Lydia akui.. susaaahhhh sgt.. byk dugaann.. tp asalkan korang leh bsabar dgn setiap dugaan tu, Lydia yakin korang sure BOLEH!!

Ni la pic Lydia masa tgh chambering kt mohd hatta & co...
Btol2 masa bru dpt ideal weight 49 kg!!
Muka fresh grad yg naive.. huhu.... =D

Hurm.. Lydia rasa ni la diary perjalanan Lydia berdiet dr 105kg ke 49 kg... Ramai yg tanya Lydia cmna Lydia leh bjaya... So, Lydia harap dgn adanya blog ni, dpt bg semangat pd geng2 diet... Pada sesiapa yg rasanya nk kenal Lydia lebih dekat, dialu2kn add Lydia kt FB.. Lydia x sombong!! CONFIRM!!

Ni url FB Lydia... http://www.facebook.com/lydiawani.ezrina

Sebelum tu.. Lydia nk promote skit.. Pada sesiapa yg nk beli jm5, dialu2kn beli gn Lydia k? Insyaallah Lydia leh guide korang.. Selain jm5 Lydia ada jual sauna gak.. hehe..

Kadang2, Lydia dpt rasakan, setiap apa yg berlaku ada hikmahnyaa... Ada hikmah Lydia gemok dulu2.. Kalau Lydia x gemok, Lydia x kan jadi mcm sekarang.. Lydia belajar erti sabar, tabah n usaha... Dan alhamdulillah, ALLAH kurniakan rezeki yg melimpah ruah pd Lydia kini... So, pd sesiapa yg bersaiz XXXL kt luar sana, slalu la ingat, setiap kejadian yg blaku ada hikmahnya... Setiap ujian yg menimpa kita pn pasti ada sebabnya... Yg penting kita sabar n redha.. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri kita...

Dah abis journey ni pasni maybe Lydia akan update blog dgn tips2 diet yg lain or maybe akan melencong skit dr diet.. x pa kan?? kdg2 dok crita pasal diet pn bosan gak.. Nk gak crita pasal cintan cintun! bru happening! ngeh2...

Till then.. thanks for reading n pls continue supporting me.. peace!!




Saturday, August 13, 2011

TIPS MENURUNKAN BADAN SECARA NATURAL DI BLN RAMADHAN

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan everyoneeee...

Hurm.. dh 2 minggu kita berpuasa.. n at the same time, ramai gak di kalangan kita yg ambil kesempatan bln Ramadhan ni utk menurunkn berat badan.. Yup.. Diet2 jugak, but amal ibadah jgn dilupa.. N ada gak yg Tanya Lydia, ttg tips utk turunkn berat badan sempena bln Ramadhan ni... So now, Lydia nk share a few tips yg Lydia rasa boleh membantu org2 kt luar sana menurunkan berat badan di bln puasa naturally...


1. Niat tu paling penting... Biar la kita bniat bpuasa tu utk beribadah.. n bukan utk diet semata2.. Sbb ramai di kalangan kita, bpuasa dgn niat utk kurus.. Sila elak eh.. Tak berkat nnt... Nawaitu tu pentg.. biarlah niat kita tu utk beribadah.. Bukn utk kurus semata2.. Kalu leh kurus, tu satu bonus la kn? Kira mcm 2 in 1 la.. Pahala posa dapat, kurus pn dapat..


2.Cuba sedaya upaya utk memperbykkn minum air kosong.. Sbb air kosong dperlukan bg membakar lemak korang tu, dsamping bleh membuatkn korang berasa kenyang... Lydia slalunya akn cuba usahakn minum air kosong lebih dr 3 liter sehari even di bln Ramadhan.. Mmg perut kembong.. tp dh jd cm habit plak minum air byk..

3. Senaman? Leh gak buat senaman simple.. Jgn kata bln Ramadhan kita x leh senam.. Bleh sbnrnya.. buat yg mudah2 ja pn ok.. Jalan kaki ka... naik turun tangga ka.. Jalan2 shopping complex pn senaman gak... hehehehehe... ;) .. Ooopss.. bg yg malas nk bsenam tu, leh la try sauna.. Leh burn calories gaks... meh rujuk sini.. http://lansingsauna.blogspot.com .. hehe..


4. Lagi satu, time bbuka ni paling penting skali..Jangan berbuka dengan berlebihan, bbuka dlm kuantiti yg sederhana.. Selalunya org2 kita ni ada 1 sifat iaitu nak habiskn semua mknn yg ada kt meja makan... maklum la.. beli blebihan di bazaar ramadhan... So my tips here, masa p kt bazaar ramadhan tu, jgn mbeli ikut nafsu... beli ikut keperluan,k? so nnt korang tadak la rasa bsalah bila makanan kt meja mkn tu tak habis...Mbazir kn amalan syaitan, so pls avoid.. Leh jimat gak at the same time... hehe.. Hurm.. lg afdal, xyh la jejakkn kaki kt bazaar ramadhan tu.. Wahahaha.. By The Way, Lydia pn pengunjung setia bazaar Ramadhan actually.. =)..


5. Pilihan juadah utk bbuka pn penting gak.. Kuih muih, makanan n minuman manis2 slalu dsajikan ketika waktu bbuka ni.. So, saranan Lydia, korang kna la pepandai pilih makann.. Pilih la makann yg bkalori rendah.. Elak mknn grg2, manis2.. Sbb apa yg Lydia phatikan, slalunya ramai bbuka dgn makann bkalori tinggi walaupn kuantiti mknn tu sikit..


Cth, ada yg tanya Lydia,

"bleh dak bbuka mkn mi grg, air coke n kuih muih yg manis2? Mkn skit2 ja.. "..


So, my answer is.. It's better u gantikn mi grg tu dgn bihun sup ka, laksa ka.. still kenyang tp kalori rendah.., air coke tu ganti dgn air kosong, xpn kalu nk air manis gak, sila jgn ambil minuman berkarbonat, n kuih muih manis tu gantikan dgn buah kurma or apa2 aja la buah atau mknn yg sihat..

Utk info kalori, leh rujuk blog Lydia kt http://lydiajdm5.blogdrive.com


6. Bak kata Kevin Zahri, bertarawih 20 rakaat, anda akan kehilangan 80 kalori bergantung dengan berat dan jangka masa.. So, apa lg? Solat tarawikh pn leh burn calories k? Burn calories smbil buat amal ibadah.. BUT, now Lydia emphasize kn lg skali, nawaitu biar la utk beribadah, k? Bln Ramadhan bulan utk amal ibadah... That's the golden rule... =)


7. Hehe.. dsamping tu, nk promote skit, kalu nk kekal btenaga di bln Ramadhan, bpuasa dgn relax, korang leh la gunakan Jus Mate 5.. Suppliment yg bjaya mengurangkn berat badan Lydia dr 105kg ke 49 kg.. n, x dpt dnafikan, penurunan berat Lydia lebih laju sekiranya bpuasa bsama jus mate 5.. Nk beli or nk tau tips pgunaan jus mate di bln ramadhan, leh tgk sini http://lydiajdm5.blogdrive.com or http://lydiajdm5.blogspot.com


Ok... dats a few tips yg sempat Lydia coretkn.. N nnt ada masa kita kongsi2 lg, k? Slamat bpuasa n selamat beribadah semua...~~!! Feel free to view http://lydiajdm5.blogdrive.com , http://lansingsauna.blogspot.com .. Thanks....


P/S: Lydia org Kedah, so, bahasa kedah la yg Lydia gna utk menulis ni.. Semua org leh faham kot kn? Hehehe... Sorry kalu ada typo... Menulis ketika sahur dlm keadaan mamai.. =).. Sharing is caring walaupn tips ni x seberapa... =P








Saturday, April 30, 2011

Journey Lydia dr 105 kg ke 49 kg PART 5....

Assalamualaikum semua..

Phewwww.... setelah beberapa bulan x update blog ni, arini baru sempat memboloskan diri.. hihi... Byk sgt perkara yg berlaku recently... Kdg2 busy.. n kadang2 sengaja buat2 busy.. hik2...

Just nk share dgn kawan2, Lydia baru balik UMRAH, n disponsor oleh Doc Rozmey... Rasa bersyukur n best sgt2.. Pengalaman kat sana mmg x dapat Lydia lupakan. Syukur alhamdulillah, rezeki bernaung di bawah DrGroup, Lydia dapat sponsor mak Lydia utk p bersama2 dengan Lydia... Mmg dah lama Lydia niat nak bawak Mak p UMRAH.. N alhamdulillah impian Lydia menjadi kenyataan.. Syukur sgt2 pada ALLAH S.W.T sbb bagi peluang ni kepada Lydia...

Ni pic mak n Lydia kat depan Kaabah... Time ni rasa terharu sangat... Kalau kat Malaysia, kita cuma sembahyang menghadap kiblat, tp kiblat tu kita tak nampak... n skang bila kita berada depan Baitullah, rasa diri ni kerdil sgt... Masa 1st time tgk kaabah, mmg automatik kuar air mata... terharu, sedih, gembira... Bersyukur sbb dijemput oleh Allah S.W.T ke rumahNya.. n Lydia berdoa, kalau diberi kesempatan n murah rezeki, Lydia nk p sana lg skali.. Insyaallah... Kawan2 tlg doakan Lydia k??? =D


Ok, ni pic Lydia bersama salah seorang testimoni yang di sponsor oleh doc rozmey... Kak Salwani.. Tgk.. badan dia skang ni slim kan?? Kalau korang nk tau, berat dia dulu 99kg... OMG!!! Skang ni 48kg je... !! Dahsyat kan? Antara testimoni hebat produk JM5 selain Lydia la... Huhu... dan dia jugak dah ada anak umur 15thn.. nampak muda remaja je dia... Tu la salah satu kehebatan JM5.. Kak salwani pn mengaku yang dia x pnah pn bermimpi utk slim.. x sangka serasi sgt dengan JM5.. N dia ni dah guna mcm2 produk, tp x menjadi.. Alhamdulillah, dgn JM5 impian kak salwani leh jadi kenyataan, n x sangka dapat p UMRAH lg kn???


Ok, kalau korang x percaya cerita Lydia pasal kak salwani, korang try tgk pic ni... hihihihi.. HEBAT kan?? Tu la kehebatan Jus Mate 5.. X kenal maka x CINTA.. Bila dah kenal pasti jatuh cinta punya... Lydia ada jugak risik2 cara kak salwani berdiet ni... Basically lebih kurang Lydia gak... Jaga kalori, jaga pemakanan... Tp kak salwani ni byk buat exrcise n menari... Tu salah satu faktor yg mempercepatkan penurunan kak salwani...

So, pasni jangan was2 lagi dengan kehebatan JM5... Korang patut try produk ni... Sebab Lydia dah tgk keajaibannya... N Lydia pn nk share keajaibannya dengan kawan2 kat luar sana.. Tp, apa2 pn, bila guna produk tu, yg penting ialah kawal pemakanan korang... Sebab JM5 ni bukannya magic... Korang tetap kena kawal makan n kawal kalori korang sepanjang berdiet dgn JM5 ni.. Sbb tu paling penting... JM5 akan membuatkan perjalanan diet korang jauh lebih mudah... Mengawal selera makan n mempercptkn penurunan... Insyaallah.... =D

Ni pic Lydia masa p UMRAH.. Makan ice cream kat sana...!! Siyes sedap.. Masa mula2 p sana, Lydia tanak la makan aiskrim.. konon2 dh lama pantang ais krim.. Bila hari terakhir Lydia kat Madinah, tetiba rasa teringin sangat.. N bila cuba, mmg Lydia x nafikan, mmg SEDAP!!! =D..
Pesanan: Pada yang berdiet, sila elak ais krim.... sekian.. hehe

Okey... dah puas berleter pasal UMRAH, Now, Lydia nk kembali semula pada journey Lydia yang tergendala setelah sekian lama.

Hihi... welcome to Journey Lydia part 5... Kalau sebelum ni Lydia dh story cara diet Lydia masa Lydia guna JM5.. Actually, after 4 bln guna JM5, masa tu berat Lydia area 65kg kot, Lydia stop JM5.. Kenapa Lydia STOP??? Mesti ramai yg tanya kn?? Actually, masa tu kan Lydia final SEM kat UUM.. So, kewangan kurang skit.. Lagipun kesian la kalu nak suruh mak sponsor kn?? So, Lydia ambil inisiatif untuk buat diet sendiri2 tanpa guna JM5...

Mula2 Lydia ambil decision untuk STOP JM5 tu memang Lydia takot juga.. Ya la... Target Lydia kan 50 kg.. Lydia slalu pikir, mampu tak Lydia capai target tu tanpa bantuan JM5?? Untuk pengetahuan semua, Lydia x de la STOP JM5 secara mengejut ya.. Stop slowly.. Dari mula2 ambil 2 peket sehari, Lydia reduce kepada 1 peket, then ambil selang sehari, then seminggu sekali n lastly STOP JM5...

Mula2 tu memang susah.. Memang Lydia tak nafikan, salah satu kehebatan JM5, Once kita STOP, ALHAMDULILLAH x ada kenaikan semula... In fact, skang ni dah 2 tahun Lydia STOP JM5, tp syukur berat badan masih maintain n x de kanaikan berat badan yg mendadak mcm sesetgh produk2 kurus yg lain.... TAPI, Yang penting korang kena la jaga makan juga.. apa yang nak Lydia tekankan ialah, makan kena la ikut keperluan, jgnla bila korang dah STOP JM5 tu korang melantak x ingat dunia...K??

Apa yang Lydia paling terkejut, even Lydia dh STOP ambil JM5, tp penurunan tetap berlaku... Bersyukur sangat!!!! Lydia takot juga bila dh stop jm5, berat dah tamau turun.. Tp, x sangka yg sebaliknya pulak yang berlaku... Tp time tu memang Lydia melipatgandakan la usaha Lydia.. Kalu dulu senam skit2 je, ni bila dh ringan, Lydia memperbykkan la senaman... Pastu memang kontrol makan betul2.... Lagi satu, time ni mmg Lydia jadikan air kosong sbg best fren.. Kalau Lydia lapar slalunya Lydia x makan... Lydia minum je..

Ni pic Lydia masa Lydia dh STOP ambil JM5, N ni masa hari2 terakhir Lydia study kat UUM... Time ni, semangaat semakin membara2 nak kurus.. Maklum la.. lepas ni kena pikir nk cari keja kan?? So, kena la kurus secepat mungkin.. Ni masa bulan April... N target Lydia, nk berkebaya masa konvo.. Konvo pulak bulan Oktober.. =D

Hihi... wat masa ni cukup la sampai sini dulu... Lydia pn dah x byk nk update pasal journey Lydia, sbb majoriti tips2 Lydia dh bg utk post2 yg sebelum ni... =D

Lastly, ni pic Lydia before n after, sebagai pembakar semangat kawan2 semua.. Kalau Lydia BOLEH, Lydia yakin korang pun boleh kan?? Yang membezeakan kita hanyalah USAHA... N tujuan Lydia buat blog ni pn sbb nk kongsi dengan korang semua cara Lydia berdiet dr mula smpai la Lydia berjaya.. Sbb Lydia tau, ada sesetgh org tu dia teringin sangat nk kurus tapi tak tau cara.. Lydia harap blog Lydia ni dapat memberi manfaat dan motivasi kepada geng2 diet kat luar sana.. Insyaallah... =D

Wednesday, April 13, 2011

Journey Lydiawani Ezrina dr 105kg ke 49kg part 4

MY JOURNEY FROM 105KG TO 49KG PART 4

Assalamualaikum semua...
Syukur... skang ni dah masuk journey Lydia part 4.. Skali lagi, Lydia nk ucapkan jutaan terima kasih pada kesemua followers Lydia, n kepada readers blog ni yang sudi bg komen n cadangan.. Really appreciate... Apa yang paling buat Lydia terharu, bila ada geng2 diet kat luar sana inform Lydia yang diaorang dah berjaya untuk turunkan berat badan ikut setelah baca info2 dari blog Lydia.. Lydia harap blog Lydia ni dapat naikkan semangat sesiapa saja yang tengah diet, baru mula nak diet or apa2 aja la yang ada kena mengena ngan diet ni..... Suka sangat dengar bila ada kawan2 yang dah berjaya turunkan berat badan...!! TAHNIAH.. Pada sesiapa yang dah berjaya tu, Lydia harap korang leh la kongsi2 dengan Lydia kat sini.. Nanti korang komen la kat post Lydia ni eh.. Setidak2 nya, komen korang leh naikkan semangat geng2 diet yang lain.. kan? kan? kan?


So, now nak continue journey Lydia... N dah nak start berleter lagik... hihihihihihihi....bila dah masuk sem baru n dah mula berdiet kat Universiti ni, memang Lydia tak nafikan ada macam2 dugaan n cabaran.. N now, tibalah masa yang ditunggu2... Dah puas diet, dah ada orang yang tegur, nak tau la jugak kan skang ni berat dah jadi berapa??? hihihihihihi.. So, setelah 3 bulan berdiet... Akhirnya Lydia mula menimbang... Kalau sebelum ni Lydia timbang, jarum penimbang tunjuk 3 angka, memang teringin sangat nak capai 2 angka nih.... Mula2 berdebar jugak.. sebab takut sangat tak capai sasaran.. Last2.. jeng jeng jeng.. Sambil pejam mata Lydia naik atas penimbang...

Tadaaaa... dah tinggal 70 kg!!!!!


Time tu Allah ja yang tau betapa hepinya hati Lydia... Rasa macam berbaloi sangat2... N semangat jadi semakin berkobar2 untuk turunkan berat badan.. Tp, skang ni, Lydia dah ada 1 problem... hihi... Bila kita dah turun byk.. ada 1 perasaan macam M.A.L.A.S. mau berdiet... n dah stat mau mengelat... Tambah2 bila dah ramai sgt yg puji Lydia dh slim, Lydia dah kurus... Lydia dah kecik.. blablablablablablabla....

So, camna Lydia nak maintainkan semangat supaya x LEMAU? Ataupun supaya x berhenti sekerat jalan??? Ramai yang tanya Lydia, macamana Lydia maintainkan semangat supaya teruskan diet sampai dapat 49kg?? Tak bosan ke hari2 makan sayur, buah n makanan rebus2???

1) LYDIA DAH SET TARGET YANG LYDIA HANYA AKAN STOP DIET SETELAH CAPAI BERAT BAWAH 50KG... =D

Dalam berdiet, korang kena ada target n arah tujuan... Kenapa??? Supaya korang tau arah tuju korang, At least target korang mestilah kena capai BMI Normal... Kalau ikot BMI Lydia, kalau dpt 54 kg dah capai tahap normal... Tp dalam hati Lydia memang dah teringin sangat capai angka depan ada no 4X.. Mula2 fikir memang mustahil.. Camna la Lydia nk turunkan berat dari 105kg nak capai bawah 50kg ni???


Ni gambar penimbang Lydia... Lepas dapat angka ni, baru Lydia STOP diet.. =D


Lydia percaya 1 menda... Allah tu maha adil... Allah selalu dengar doa hambanya... So, memang Lydia banyak berdoa... Dalam masa yang sama, kena la usaha juga.. Sebab bagi Lydia, USAHA TANGGA KEJAYAAN... Tanpa KEBERANIAN DAN USAHA, impian takkan jadi kenyataan... Masa Lydia debab dulu, sebelum tido, Lydia slalu berharap, bila bangun tido, Lydia dah boleh SLIM... Tapi, bila bangun tido, alangkah sedihnya bila badan tetap debab seperti sebelum tido.. ngeh ngeh ngeh... =D.. Memang tak salah bermimpi, TAPI, korang kena la usaha keras untuk capai target korang tu ye...

Jadi, pada geng diet kat luar sana, macam yang selalu Lydia advise, korang kena la usaha.. ALLAH akan bersama hamba2nya yang berusaha.. Cuma badan setiap orang berbeza.. Ada yang cepat n ada yang lambat.. Satu Lydia mintak.. TOLONG jangan bandingkan penurunan berat badan korang dengan orang lain... Yang penting ada penurunan... Tak kira cepat atau lambat.. N korang kena la berusaha untuk mencapai target yang korang nak tu... Kenapa Lydia kata jangan banding2 kan penurunan dengan orang lain?? Sebab Lydia dulu pun macam korang, kadang2 rasa jeles sangat bila tengok orang lain leh turun berat cepat.. sebulan leh hilang sampai 10kg++... Tapi Lydia setkan dalam otak, jangan hiraukan result orang lain, yang penting ialah ada penurunan... Tu paling penting.. Cepat atau lambat belakang kira...

Lagi satu, kalau korang suka buat perbandingan, risiko untuk give up lagi tinggi... Ramai customer tanya Lydia..

"Lydia, kenapa saya guna jus mate 5 sebulan turun 5kg je? tapi orang lain leh turun 10kg++???"

Aiyoo.. 5kg tu banyak dear... Cuba bayangkan daging lembu 5kg, kalu korang angkat berat ke tak?? Kalu bukan daging lembu pun korang bayangkan beras k?? Berat kan 5kg... Yang penting korang kena bersyukur.. Sebab setiap individu penurunan tak sama.. cara pemakanan, metabolisme, n senaman yang diamalkan tak sama... So, pls jangan buat perbandingan.. Yang penting ada penurunan, x kira kg ataupun inci.... In fact, jangan buat perbandingan dengan Lydia jugaaaa... =D.. Korang kena teruskan usaha sampai la korang dapat berat idaman korang... Pls...plsss...plsss.. JANGAN GIVE UP... Sebab, kalau Lydia boleh, Lydia sure korang pun mesti boleh... Sebab Lydia pun hanyalah manusia biasa macam korang juga... =D

2) BAGI MENAIKKAN SEMANGAT, LYDIA SELALU HADIAHKAN SUMTING SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT
UNTUK TERUS BERDIET

Disebabkan Lydia ada 1 perangai, iaitu fobia untuk menimbang, so, Lydia ada 1 cara untuk memastikan yang Lydia makin slim.. Lydia suka ukur badan melalui baju2... So, sebagai contoh, masa Lydia start diet, baju yang Lydia pakai size XXXL... So, Lydia beli la baju yang kecik sikit, saiz XL... So, Lydia jadikan baju tersebut sebagai pembakar semangat.. Lydia berdiet n make sure Lydia boleh pakai baju size XL tu... Lepas dah boleh muat size XL, Lydia beli baju saiz L pulak... hihihihihiihhii... Seterusnya M, n LAST skali sampai Lydia muat pakai Baju size S..

Lydia ada 1 menda nk share, masa gemok, Lydia tak pernah berpeluang pakai jeans... Sebab tak ada size... So, masa Lydia tengah on the way diet, Lydia ada beli sehelai seluar jeans Levi's size 27... Lydia buat seluar tu sebagai kayu pengukur.. Selain berat bawah 50kg, Lydia tekadkan dalam hati, yang Lydia akan STOP berdiet sampai seluar tu Muat... N alhamdulillah, Lydia berjaya pakai seluar tu...


Ni la seluar tu.. hihi.. syukur sangat... Ni dah jadi seluar kesayangan Lydia... Kalu korang perasan, seluar ni ada terkoyak sikit kat lutut... Tapi, disebabkan seluar ni ada sentimental value, Lydia still pakai seluar ni sampai sekarang... Lydia SAYANG sangat seluar ni.. My 1st jeans Levi's size 27... =D

So, sepanjang diet, memang Lydia banyak habiskan duit untuk membeli baju baru.... Tapi Lydia tak kisah.. rasa seronok sangat bila boleh muat baju yang kecik2 yang sebelum ni rasa AMAT mustahil untuk dipakai... Dah boleh pakai KEBAYA.... Dah boleh pakai t shirt saiz S/M.. N suar jeans dah muat size 26/27... Sonok sangat!!!! Sekarang ni, bila pergi shopping complex, mesti Lydia p kat tempat baju2... Sebab dah ada SIZE.... Sebelum ni, tempat tu la paaling nyampah nak p.. sebab confirm tak ada size... Macam malu gila nak tanya promoter, "KAT MANA EH TEMPAT BAJU2 YANG BESAR2....." =((

Okay guys... Lydia stop sini dulu, nanti Lydia update lagi ye... Thanks for reading, and pada yang belum jadi followers, sekali lagi Lydia berbesar hati sekiranya korang follow blog Lydia, n pls tinggalkan komen korang kat bawah ni ye... Sebarang pertanyaan, komen, atau cadangan, Lydia galakkn korang post kat ruangan komen kat bawah ni ye... elakkan post kat shoutbox.. kat shoutbox Lydia tak leh nak reply panjang2... hehehehehehe... =D